Wings merupakan sebuah kumpulan muzik rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1984 di Kuala Lumpur, Malaysia. Semasa penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh enam anggota asal yang terdiri dari Datuk Awie (Vokal), Syam (Gitar Utama), Baharom (Gitar Kedua), Zul (Keyboard), Eddie (Bass) dan Jojet (Dram). Namun jumlah anggota Wings telah berubah dengan menjadikan empat orang anggota sahaja. Datuk Awie, Eddie, Joe dan Black adalah anggota yang telah mengambil jangka masa yang lama untuk menganggotai kumpulan ini.