
ArtistLegacy
Lead Performer, Composer, Lyricist
Active1972–2024
- Songs
- 104
- Credits
- 118
About
Datuk Hajah Sharifah Aini Syed Jaafar (2 Julai 1953 – 5 Julai 2014) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan dikenali sebagai "Biduanita Negara" selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Beliau telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang Radio Television Singapura 1968 atau Talent Time 68' dengan mendendangkan lagu "Tiga Malam". Beliau juga merupakan artis pertama Malaysia bergelar "Superstar" sewaktu zaman kemuncak kegemilangannya. Sharifah Aini juga menjadi satu-satunya artis pujaan ramai sewaktu zaman 70'an, 80'an dan 90'an secara berturut-turut sehingga ke beberapa benua. Walaupun terdapat artis lain yang kurang hebatnya juga seperti Rafeah Buang dan Anita Sarawak tetapi Sharifah Aini tetap menjadi pilihan utama sehingga mendapat berbagai gelaran pujaan antaranya seperti Biduanita Pujaan Ramai, The Golden Voice, Queen of Songs dan banyak lagi. Namun di Malaysia, beliau juga merupakan satu-satunya artis yang mempunyai suara yang merdu sehingga mendapat jolokan penyanyi bersuara Buluh Perindu. Setiap lagu dendangan beliau pasti akan membuatkan pendengar terpukau.