
Artist
Lead Performer, Composer, Lyricist
Active1987–2023
- Songs
- 131
- Credits
- 145
About
Nor Aniza binti Idris (lahir di Kluang, Johor, Malaysia, 27 Ogos 1968), lebih dikenali sebagai nama pentasnya, Noraniza Idris merupakan seorang penyanyi, pelakon, penerbit rakaman, penulis lagu di Malaysia. Noraniza merupakan salah seorang penyanyi Malaysia terbaik yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain M. Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khadijah Ibrahim, Jamal Abdillah dan Ramlah Ram. Memulakan kerjaya nyanyian sejak 1985, Noraniza lebih mesra disapa Kak Ani cukup sinonim dengan lagu-lagu yang berentak irama Malaysia dan etnik kreatif sehingga beliau mendapat jolokan Ratu Irama Malaysia.