Mama Juwie atau nama asalnya Abdul Jalil bin Salleh merupakan seorang penulis lirik yang popular pada tahun 1980-an di Malaysia. Beliau juga pernah popular dengan majalah hiburan Mangga yang menampilkan ramai artis remaja Malaysia.
Abdul Jalil dilihat sebagai Sebagai ikon kewartawanan hiburan dan pencetus kepada revolusi penulisan gosip di Malaysia dengan memberi penekanan kepada laras bahasa bersifat santai dan bersahaja. Allahyarham memulakan perkhidmatannya sebagai wartawan di akhbar Berita Harian pada 1974 sebelum menyertai Utusan Malaysia pada 1984 dan kemudian menjadi Pengarang Majalah Mangga pada 1995 di syarikat yang sama sehinggalah bersara pada 8 Julai 2008.