Diskograf

    Loading...
    Photo by Namroud Gorguis / Unsplash
    IdeaOpinion

    10 Lagu Cadangan Untuk Diberi Nafas Baharu

    July 17, 2022Updated 2 years ago2 min read
    Alang-alang menyanyikan balik lagu lama sudah menjadi trend, apa kata kami cadangkan 10 lagu lama yang wajar diberi nafas baru.
    By Tukang Tulis

    Alang-alang menyanyikan balik lagu lama sudah menjadi trend, apa kata kami cadangkan 10 lagu lama yang wajar diberi nafas baru. Namun, penyanyi mana, komposer & siapa penerbit muzik yang mahu menyahut cabaran kami.

    1
    Cinta Gunawan - Iwan

    Lagu ini bukan bergenre dangdut namun ada lenggok & cengkoknya tetap ada & kena dengan muzik slow rock. Jika Fantasia Musim Cinta agak overrated.. maka lagu inilah pilihannya. Pilihan Diskograf : Aiman Tino & Sufian Suhaimi

    2
    Ku Redha Sendiri - Klthsom

    Lagu ciptaan A.Ali dan lirik oleh Habsah Hassan ini begitu kental dan likat vibe muzik 1980-an. Vokal Klthsom pun agak unik. Pilihan Diskograf : Khodi

    3
    Bas No. 1 - Julie Remie

    Lagu ini agak catchy dan liriknya masih boleh diterima di tahun 2020-an biarpun lagu ini irama 70-an. Pilihan Diskograf : Lia Aziz

    4
    Rayuan Hasratku - Zain Azman

    Inilah lagu Raja Jazz Melayu, Zain Azman. Jazz Melayu punya identiti tersendiri biarpun sedikit sebanyak punya pengaruh luar. Pilihan Diskograf : Megat Rahim/Haikal Farid

    5
    Malam Ini Kita Berpisah - Habibah Yaakob

    Lagu sedih era 60-an kedengaran klasik, jika ada penyanyi baru bersuara unik dan ada attitude maka lagu ini agak cocok dengan vokalnya. Pilihan Diskograf : Heidi Moru atau Zazo Maulana

    6
    Kau Tinggi Di Awan Biru - Datuk Sharifah Aini

    Antara lagu balada rendisi Datuk Sharifah Aini yg soothing dan mendayu. Lagu ini ciptaan Datuk Ahmad Nawab, liriknya ditulis Kak Pah sendiri. Pilihan Diskograf : Aina Abdul/ Yazmin Aziz

    7
    Lina - Dato’ Shake

    Lagu ni iramanya upbeat & rancak dan ada roh semangat umpama kembara kareer Dato’ Shake sendiri ke bumi Perancis. Mungkin boleh tambah elemen EDM jika ada versi baharu…siapa yang tahu. Pilihan Diskograf : Haqiem Rusli

    8
    Aku Rindu Padamu - Ning Baizura

    Lagu dendangan ratu soul R&B ini agak underrated biarpun lagu ciptaan L.Y & lirik Baiduri ini kedengaran romantis dan berbunga-bunga hati dibuatnya. Pilihan Diskograf : Aisha Retno

    9
    Jangan Ada Benci - Casey

    Lagu ciptaan Fauzi Marzuki, lirik oleh Habsah Hassan ini selayaknya diberi susunan muzik & nafas baharu. Jika kena tepat pada waktunya, tidak mustahil lagu ini boleh tular dan menjadi pilihan netizen terutama yang sedang kecewa dek putus percintaan di tengah jalan. Pilihan Diskograf : Amir Masdi

    10
    Luka Dilukai - Shima

    Satu lagi lagu rock ballad yang underrated nyanyian penyanyi Shima. Lagu ini ciptaan Awang BPR & lirik tulisan Amran Omar. Lagu ini memang leman 90-an dan sangat sesuai dengan suara penyanyi yang kami mahu cadangkan. Pilihan Diskograf : Eza Edmond