Diskograf

    Loading...
    Photo by Choong Deng Xiang / Unsplash
    AnalysisMusicMalaysia

    22 Lagu Tempatan Berkualiti Setakat Jun 2022

    July 17, 2022Updated 2 years ago3 min read
    Menurut website Diskograf, sehingga 30 Jun 2022, terdapat 543 buah lagu yang telah didaftarkan. Namun persoalannya, lagu mana yang berkualiti telah dihasilkan. Berikut analisa kami.
    By Tukang Tulis

    Disclaimer: Analisis ini adalah berdasarkan lagu-lagu yang telah didaftarkan dalam Diskograf.

    Sehingga 30 Jun 2022, terdapat 543 buah lagu yang telah didaftarkan. Namun persoalannya, lagu mana yang berkualiti telah dihasilkan. Berikut analisa kami…

    Sebelum kami senaraikan 22 buah lagu berkualiti pilihan editor/penulis, sukacita dikongsikan perkembangan industri muzik tanahair dari segi variasi lagu yakni penghasilan lagu mengikut genre yang pelbagai.

    5 genre lagu yang paling banyak dihasilkan setakat ini

    Sejumlah 188 buah lagu yang digolongkan di bawah genre balada sekaligus muncul genre paling unggul separuh tahun 2022, diikuti oleh genre pop sebanyak 143 buah lagu. Lagu-lagu yang boleh diletakkan di bawah genre slow pop pula ada sebanyak 124 buah lagu manakala 97 buah lagu bergenre hip hop turut diterbitkan, manakala 86 buah lagu pula bertemakan perayaan dan kebanyakannya lagu raya baharu atau yang dinyanyikan sebagai lagu saduran.

    Sebagai rekod, 64 buah lagu yang telah dirakam semula dengan nafas baru secara keseluruhannya sepanjang 6 bulan pertama.

    Seterusnya, kami akan senaraikan beberapa orang komposer yang prolifik dan aktif menghasilkan lagu selama setengah tahun 2022 sekurang-kurangnya 10 buah lagu. Paling unggul dengan 21 buah lagu, komposer dan juga penyanyi Firdaus Rahmat berada di tangga teratas diikuti oleh komposer Omar K dengan 17 buah lagi. Juga dari World Peace Entertainment, komposer Iqie Hugh mencipta sebanyak 14 buah lagu. Dengan lagu sebanyak 12 buah lagu, Mas Dewangga turut menunjukkan dominasinya. Diikuti oleh 2 orang lagi komposer prolifik Mingaling & Sharon Paul, masing-masing dengan 10 buah lagu.

    Rekod: 9 lagu : Ikhwan Fatanna, Ezra Kong, Shazee - 7 lagu : Audi Mok, Yuna Zarai - 6 lagu : Sonaone , Wan Saleh - 5 lagu : Dato’ Eddie Hamid, Amylea, MFMF, Ajai, Rudy Nastia - 4 lagu : Zai hamzah @ Achoi F88, Velvet, Yonnyboii, Joe Flizzow - 3 lagu : Ejai Aziz, Zimi Sofaz/Ziin, Aina Abdul - 2 lagu: Aepul Roza


    Artis Baharu Pilihan

    Akhir sekali, kami juga senaraikan 5 orang artis baharu yang menjadi pilihan kami dan dijangka punya masa depan cerah mewarnai landskap muzik tanahair.

    Athalia - We Go Up

    Abigail feat. Lil J

    Heidi Moru - Getas

    Isobahtos - Pangkis

    Naufal Azrin & Nuha Bahrin - Casablanca


    Top 22 Lagu Pilihan

    Akhirnya, terimalah 22 buah lagu pilihan kami in no particular order:

    Abadi - Xpose & Ikhwan Fatanna (Ikhwan Fatanna & Wan Saleh)

    Call You Mine - FML feat. Seachains & Nhat Hoang (MFMF, FML, Seachains & Nhat Hoang)

    Cinta - Modread feat. Heidi Moru (Fami Ikhwan)

    Cinta Sejati - Aiman Sidek & Alin Sidek (Aiman Sidek)

    Duhai Hati - Zazo Maulana (Ikhwan Fatanna & Wan Saleh/Ikhwan Fatanna & Arisz Ab Rahman)

    Hu Else - 3P (Caven Tang)

    Khilaf Asmara - Shila Amzah (Amylea)

    Korang - Bunkface (Bunkface, Epul Kuat, Izzy Musa, Shahir)

    Lambaian - Dato’ Hattan (Chevy Amry / Habsah Hassan)

    Lip Lap Raya - Datuk Siti Nurhaliza (Ajay Amai, Mike Chan, Glow Rush, Karim Karam)

    Makuta - Kmy Kmo, Luca Sickta feat. Hazama (Kmy Kmo & Luca Sickta)

    Muzik Tanpa Sempadan - Gerhana Ska Cinta (Edy J. Herwan / Hanim Fauzi)

    Nelangsa - Suki Low (Farouk Roman/Senna)

    Pencarianku - Aisha Retno (Aisha Retno & Sharon Paul)

    Rakaman - Sid Murshid (Sid Murshid & Izi Faizal)

    Raya Kita Raya - Rocketfuel Artist (Amy Bong, Haqfie/Amy Bong, Lan Todak, Mat Semat)

    Ring Ring - Luqman Podolski (Mingaling, Jova Devito, Aden King, Mas Dewangga/ Airliftz)

    Sempurna - Insomniacks (Insomniacks/Iqi & Danial Insomniacks)

    Suara Lebaran Kita - Hael Husaini & Dolla (Hael Husaini & Ezra Kong)

    Sudah - Nikki Palikat (Naim Daniel)

    Terus Hidup - Aina Abdul (Aina Abdul)

    Uhupai Oku - Elica Paujin (Benn Simon)