Diskograf

    Loading...
    AnalysisAward Show

    36 lagu yang dinafikan hak untuk beraksi di pentas AJL

    August 21, 2022Updated 2 years ago2 min read
    Saban tahun, ada saja isu mengenai lagu-lagu yang beraksi di Separuh Akhir Muzik-Muzik namun tiada rezeki kepada penyanyi, komposer dan penulis lirik lagu tersebut untuk mara lebih jauh beraksi di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).
    By Tukang Tulis

    Saban tahun, ada saja isu mengenai lagu-lagu yang beraksi di Separuh Akhir Muzik-Muzik namun tiada rezeki kepada penyanyi, komposer dan penulis lirik lagu tersebut untuk mara lebih jauh beraksi di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).

    Ada beberapa lagu yang cukup kuat dari segi komposisi lagu, lirik yang penuh mesej tersurat dan tersirat di samping persembahan vokal yang memukau.

    Ditambah lagi kredit yang diterima menerusi penganugerahan di pentas lain namun begitu kriterea tersebut tidak cukup bagi melayakkan mereka mendapat “tiket” atau jaminan. Dan ternyata lagu tersebut tiada rezeki, tersekat di pusingan Separuh Akhir.

    Memandangkan kita sudah ada 36 buah lagu yang dinobatkan sebagai Juara Lagu, maka terimalah 36 buah lagu yang terkandas di peringkat Separuh Akhir, namun bagi kami di Diskografi berpandangan lagu ini mampu memberi saingan yang sengit jika diberi ruang & peluang yang terhidang sebelum ini. Namun kini, nasi sudah menjadi bubur~

    Aku Cinta Aku Rindu - Ajai & Nurul (Lagu Terbaik AIM6)

    Sinaran - Sheila Majid (sewaktu format lama digunapakai, hanya juara bulanan layak ke pusingan seterusnya, lagu ini kalah kepada lagu Angan-Angan Raja Ema)

    Korban Cinta - Ziana Zain (katanya ada lupa lirik sewaktu persembahan, minit 2:18 & minit 2:47)

    Rendang Tak Berbuah - Hattan (Lagu hits no. 1 - Radio Muzik selama 5 minggu)

    Ayda Jebat - Pencuri Hati / Mata (Lagu Terbaik Malaysia APM2018)

    Sakit - Yonnyboii ft. Zynakal (Lirik Sakit dijadikan soalan SPM subjek BM)

    Sembah - Naim Daniel (isu gitaris pengiring menenggelamkan vokal)

    Nafas Cahaya - Misha Omar (Lagu Terbaik AIM16)

    6ixth Sense - Khatimah Cinta / Menyesal

    Jinbara - Patri

    Aladin - Spider

    Polaroid - Sakura Band (isu lirik yang bercampur dengan slanga/trendy)

    Pokok - MUH (feat. Nubhan) - kontroversi gara-gara salah faham antara Taja MUH dan Hazama yg turut bersaing di peringkat separuh akhir dengan lagu solo. End up, both tak layak ke pusingan akhir.

    Tiada Dirimu - Shila Amzah

    Mewangi - Akim & The Majistret

    Badarsila - Siti Nurhaliza

    Layarlah Kembali - Dayang Nurfaizah

    Harapan - Hyper Act

    3 Malam Tanpa Bintang - Fiq

    Merawat Luka Terpendam - Liza Hanim

    Caramu - Nikki Palikat & Zahid (antara lagu-lagu awal kebangkitan Audi Mok)

    Langit Ketujuh - Sharifah Zarina

    Kesetiaan - Sarah

    Jesnita - Exists

    Dengarkanlah - Amy Mastura & Glenn

    Cinta Sakti - Def Gab C

    Maharaja - Ramlah Ram

    Bidadari - Ismail Izzani

    Mirage - Pesawat

    Bakawali - Syura & Nana

    Mencari - Giegiel & Waheeda

    Akhiri Penantianku - Alif Satar

    Bertamu Di Kalbu - Jaclyn

    Aku Lebih Tahu - Mila

    Bagaimana pula pendapat anda? Ada lagu yang kami terlepas pandang?