Diskograf

    Loading...
    Pemenang utama AIM 22, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir
    Award ShowNewsMalaysia

    Anugerah Industri Muzik Edisi ke-23 Kembali Tahun Ini

    July 16, 2022Updated 2 years ago2 min read
    AIM pernah menjadi anugerah paling berprestij untuk industri muzik di Malaysia. Setelah enam tahun menyepi tanpa penganjuran, AIM bakal kembali tahun ini.
    By Tukang TulisWan

    Baru-baru ini terdengar perkhabaran gembira buat pengkarya dan penggiat muzik Malaysia. Setelah lebih 5 tahun menyepi, akhirnya Anugerah Industri Muzik (AIM) akan dianjurkan setelah kali terakhir berjaya dianjurkan pada tahun 2016.

    Namun, apa yang menarik tetapi pelik ialah lagu-lagu dan karya termasuk album yang telah dihasilkan pada tahun 2016 sehingga tahun 2020 tidak layak dipertandingkan.

    Hanya lagu-lagu yang dicipta bermula 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2022 yang layak dicalonkan kerana menurut Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim, “Walaupun 5 tahun kita tidak menganjurkan AIM, namun daripada segi pencalonan, AIM tahun ini hanya terbuka kepada produk yang diterbitkan dari Januari 2021 hingga Jun tahun ini.”

    Tambahnya lagi, “Kita hanya mahu produk yang terkini dan masih relevan untuk dicalonkan. Kalau kita calonkan produk yang diterbitkan pada tahun 2017 di mana kali terakhir AIM dianjurkan pada tahun 2016, ia tidak menggambarkan situasi industri muzik semasa.”

    Selain daripada itu, AIM yang akan memasuki edisi ke-23 ini bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 September depan.

    Jika kata sepakat dicapai, barulah penganjuran acara ini diteruskan. Tarikh yang dicadangkan adalah pada 11 September depan di Auditorium MBSA, Shah Alam. Butiran lanjut mengenai acara ini akan diumumkan dalam sidang media selepas perjanjian ditandatangani. Ketika ini, kami masih dalam proses mengkaji perjanjian dengan Astro yang bakal menjadi penyiar rasmi acara itu.

    Pemenang Terbanyak AIM22

    Untuk rekod, edisi AIM22 (2016) menyaksikan Datuk Seri Siti Nurhaliza unggul membawa pulang trofi Album Terbaik melalui album Unplugged di samping 3 lagi trofi Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita), Lagu Nasyid Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu melalui lagu Menatap Dalam Mimpi.

    Lagu Terbaik AIM22

    Manakala Lagu Terbaik AIM pula menjadi milik lagu Sejati dendangan Faizal Tahir ciptaan sepenuhnya Faizal Tahir & Mike Chan. Lagu Sejati juga turut dinobatkan sebagai Lagu Pop Terbaik pada malam tersebut.

    AIM mula dianjurkan semenjak tahun 1993 di mana penganjuran anugerah ini berperanan sebagai pelantar utama bagi memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada karya anak seni dalam memartabatkan industri muzik tanah air.