Diskograf

    Loading...
    Artis-artis Rusa Music. Photo © Rusa Music.
    MusicMalaysia

    20 Label Muzik Paling Berpengaruh di Malaysia, Berdasarkan YouTube

    July 15, 2022Updated 2 years ago4 min read
    Ada banyak “record label” atau “production house” di Malaysia. Ada yang kecil. Ada yang baru established. Ada yang besar. Ini adalah 20 yang terbesar.
    By WanTukang Tulis

    Rusa Music + MVM Music

    Inilah syarikat muzik yang paling prolifik di Malaysia. Sebenarnya Rusa dan MVM adalah di bawah satu pengurusan. Dengan gabungan 2.54 + 2.32 = 4.86 juta subscribers. Tahukah anda… MVM dahulunya dikenali sebagai Music Valley.

    Boleh lawati YouTube Rusa Music & YouTube MVM Music.

    Artis-artis naungan Rusa & MVM termasuklah Floor 88, Sarah Suhairi, Azzam Syam, Baby Shima, Ukays, Reedzwann, Lia Aziz dan ramai lagi.

    Highest views - 93 juta (Hutang - Floor 88)

    Latest hits - 3.3 juta (24434 - Floor 88).

    FMC Music

    Seterusnya, FMC Music memiliki 1.82 juta subscribers di YouTube.

    Artis-artis naungan FMC Music termasuklah Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Tajul, Wani Syaz, Tuah Adzmi dan ramai lagi.

    Highest views - 37 juta (Menahan Rindu - Wany Hasrita)

    Latest hits - Layu Di Hujung Mekar - Afieq Shazwan - 9.6 juta.

    Suria Records

    Salah satu OG dalam penerbitan muzik di Malaysia. TokTi Dato’ Sri Siti Nuhaliza lahir dari syarikat ini. Tidak lupa Ratu Pop Etnik, Noraniza Idris serta vocal powerhouse Liza Hanim juga kecapi zaman kemuncak kareer masing-masing bersama syarikat ini.

    Memiliki 1.47 juta subscribers. Highest views 39 juta (Kesilapanku Keegoanmu/DSSN) Latest hits - Jejak (Xpose Band) 123K views.

    Aries Music

    Syarikat yang tertubuh sejak 2015 ini dengan artis-artis seperti Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Fieya Jula dan ramai lagi.

    1.39 juta subscribers. Highest views - 81 juta (Di Matamu/Sufian Suhaimi). Latest hits - Segalanya Telah Berakhir (Yazid & Fieya) 2.7 juta

    Warner Music Malaysia

    Syarikat antarabangsa muzik yang tak perlu diperkenalkan lagi. Antara nama-nama besar yang pernah bernaung di bawah syarikat ini seperti Amelina, Ella, Francissca Peter, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Khadijah Ibrahim, Jay Jay, Dayangku Intan, Datuk Nora, Datuk Ramli Sarip, Raihan dan ramai lagi. Mutakhir, nama-nama berikut di bawah pengurusan Warner: Andi Bernadee, Bunga, Kucaimars, Amir Hasan, Amsyar Leee, Luqman Podolski dan beberapa nama lagi.

    Memiliki 834K subscribers. Highest views - 29 juta (Donde/Andi Bernadee). Latest hits - 8.5 juta (Gatal/Janna Nick)

    Seventeen Eleven Music

    Sebuah anak syarikat Nova Music. Antara produk yang “dilahirkan” 1711 seperti Amylea, Shila Amzah, Adzrin, Achey, Cherpen, Khai Bahar, Farisha Iris dan ramai lagi.

    Memiliki 706K subscribers. Highest views 39 juta (Sakit/Achey). Latest hits - Damba (Khai Bahar) 179K

    Rocketfuel

    Anak syarikat produksi muzik di bawah Astro. Antara penyanyi yang bernaung di bawah Rocketfuel seperti Hady Mirza, Irfan Haris, Amira Othman, Ara Johari, Syamel, Ernie Zakri, Yuka Kharisma dan ramai lagi. Tambah menarik lagi, Rocketfuel bukan sekadar ada penyanyi di bawah pengurusannya. Pempengaruh media sosial (social media influencer) pun ada seperti Arief Yong, Amri Aziz Cikidot, Rizal & Maryam Korea dan beberapa influencers lagi.

    653K subscribers (Youtube). Highest views 30 juta (Selamanya/Usop). Latest hits: Suara Lebaran Kita (Hael Husaini & Dolla) 1.7 juta.

    NAR TV Network

    Suatu ketika NAR Records yang bertempat di kawasan elit TTDI punya artis yang bukan kaleng-kaleng.. seperti Spider, Siti Sarah Raisuddin, Exist, Farahdhiya dll siap menang besar AIM lagi.  Artis baru nak up seperti Najwa Latif & Khai Bahar juga pernah bernaung di bawah mereka. Namun kini penyanyi seperti IamNeeta, Radityo (adik Aisha Retno), Fatin Husna masih bersama mereka. Saluran NAR TV Network memiliki 516K subscribers di YouTube.

    Highest views 67 juta (Luluh/Khai Bahar). Latest hits: Move On (Neeta) 59K views.

    Padu Records

    465K subscribers di YouTube. Highest views 17 juta (Pasrah/Damia). Latest hits - Bunga Larangan (Harry Apak) 2 juta views.

    World Peace Entertainment

    Apa yang menarik mengenai syarikat rakaman ini, mereka memiliki deretan komposer dan penerbit muzik yang begitu prolifik. Firdaus Rahmat, Omar K, Iqie Hugh menghasilkan koleksi lagu bukan sekadar untuk artis naungan mereka (Naim Daniel, Ismail Izzani, Daniesh Suffian dll) malah beberapa lagu yang trending & popular dendangan penyanyi lain adalah hasil ciptaan mereka seperti Boneka (Ernie Zakri), Durja (Khai Bahar), Irama (Shiha Zikir) dan beberapa lagu lagi.

    Saluran Youtube mereka kini sudah ada  453K subscribers. Highest views 30 juta (Sumpah/Naim Daniel). Latest hits - Mainan (Naim D) 1.1 juta views.

    Nova Music

    424K subscribers. Highest views - 21 juta (Pertama Kali/Shaa). Antara penyanyi yang bernaung di bawah label Nova Music seperti Hafiz Suip, Adira, Amir Masdi, Shaa & Farra Ahmad. Latest hits -Tersentak Di Dada (Shaa) 423K views.

    Sony Music Malaysia

    321K subscribers. Highest views 31 juta (Hikayat Ben Laden/Ben Laden). Latest hits - W.H.U.T (Aisha Retno) 3 juta views.

    Universal Music Malaysia

    Syarikat antarabangsa muzik yang tak perlu diperkenalkan lagi.

    275K subscribers. Highest views - 51 juta (Sakit/Yonnyboii & Zynakal) Latest hits - Casablanca (Naufal Azrin & Nuha Bahrin) 8 juta views.

    Indigital Music

    224K subscribers. Highest views 26 juta (Jgn Khianati Aku/Azlan Typewriter) Latest hits - Takdir (Aliff Iskandar) 528K views

    Faithful Music

    270K subscribers. Highest views 17 juta (Cute/Harith Zazman, Loca B, MFMF). Latest hits - Debu (Amir Masdi & Dayang) 431K views

    Beegood Music

    255K subscribers. Highest views 32 juta (Derita/Isma Sane). Latest hits - Casablanca (Naufal Azrin & Nuha Bahrin) 8 juta.

    Alternate Records (Formerly Monkey Bone)

    111K subscribers. Highest views 4.8 juta (Dia/Qody Rani) Latest hits - Duka Sebalik Tawa (Puteri Khareeza) 1.4 juta views

    NSR Malay

    265K subscribers. Highest views 5.8 juta (Tiada Lagi/Amy Search) Latest hits - Tika & Saat Ini (Aman Aziz) 599K views

    Future Music Entertainment

    195K subscribers. Highest views 38 juta (Kisah Antara Kita/OAB) Latest hits - Tiada Noktah (Chubb E) 147K views

    Rhythm & Rhyme Entertainment

    57.3K subscribers. Highest views 4.1 juta (Aku, Kau & Muzik/ Akim & Stacy) Latest hits - Duit (Stacy) 499K views