Diskograf

    Loading...
    AnalysisAward Show

    Top 30 lagu yang layak ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 mengikut merit

    August 14, 2022Updated 2 years ago4 min read
    Setakat minggu ke-29 berikut merupakan 30 lagu yang telah layak secara merit untuk beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 37, selangkah lagi menuju ke Anugerah Juara Lagu 37.
    By Tukang Tulis

    Setakat minggu ke-29 berikut merupakan 30 lagu yang telah layak secara merit untuk beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 37, selangkah lagi menuju ke Anugerah Juara Lagu 37. Namun persoalannya… bagaimanakah cara lagu itu dinilai secara merit?

    calculation

    Mengikut format lama, lagu yg bergelar juara bulanan akan terus mara ke peringkat separuh akhir. Namun, formula tersebut tidak lagi digunapakai. Kini, sekiranya sesebuah lagu itu berada dalam Carta Top 20 dalam tempoh yang lama di samping kedudukan yang baik, maka peluang untuk mengutip mata secara merit lebih mudah.

    Contohnya, jika lagu itu Juara pada minggu 1, akan mengutip 20 mata. 19 mata untuk lagu yang berada di tangga kedua. Dan seterusnya sehingga lagu yang berada di kedudukan ke-20 akan mengutip 1 mata.

    Maka, jika sesebuah lagu itu konsisten berada di dalam Carta Top 20 biarpun bukan juara mingguan, peluang lagu itu beraksi di pentas separuh akhir agak cerah kerana mata yang dikutip setiap minggu mampu melayakkan lagu tersebut mara.

    Dan lagu yang tidak berada dalam Carta Top 20 akan ditempatkan dalam kategori Senarai Menunggu. Sebab itu lagu yang berada dalam Senarai Menunggu ini ibarat telur di hujung tanduk kerana jika lagu-lagu tersebut kekal dalam senarai menunggu selama 3 minggu berturut, lagu tersebut akan terkeluar daripada Carta Top 20. Maka berakhirlah peluang kepada lagu tersebut untuk mengumpul mata yang lebih banyak.

    Jom kita saksikan lagu yang telah membolosi Top 30 setakat Minggu ke-29 (31 Julai 2022).

    (30) Sang Purnama (Wany Hasrita & Wani Syaz)/ Komposer: Sang Hitam, Mas Dewangga & Aden King, Lirik: Sang Hitam

    Jumlah Mata = 55 , Jumlah Minggu = 7

    (29) Sudah (Nikki Palikat)/ Komposer & Lirik : Naim Daniel

    Jumlah Mata = 60 , Jumlah Minggu = 7

    (28) Gatal (Janna Nick)/ Komposer & Lirik : Aepul Roza

    Jumlah Mata = 60 , Jumlah Minggu = 5

    (27) Muzik Tanpa Sempadan (Gerhana Ska Cinta)/ Komposer: Edy J Herwan, Lirik: Hanim Fauzi

    Jumlah Mata = 62 , Jumlah Minggu = 7

    (26) Lalai (Baby Shima)/ Komposer & Lirik : Ezra Kong

    Jumlah Mata = 64 , Jumlah Minggu = 10

    (25) Fasa (Hazama ft. Tuju)/ Komposer & Lirik : Firdaus Rahmat, Fahimi Rahmat & Tuju

    Jumlah Mata = 69 , Jumlah Minggu = 11

    (24) Sumpahan Salju (Ara Johari)/ Komposer: Ziin, Lirik: Jerry

    Jumlah Mata = 70 , Jumlah Minggu = 4

    (23) Irama (Shiha Zikir)/ Komposer & Lirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

    Jumlah Mata = 75 , Jumlah Minggu = 19

    (22) Jangan Terlepas Pandang (Wani Kayrie)/ Komposer & Lirik : MFMF & ASYRAF NASIR

    Jumlah Mata = 92 , Jumlah Minggu = 7

    (21) Takluk Cinta (Hafiz Suip)/ Komposer & Lirik : Firdaus Rahmat, Iqie Hugh & John Jeeves

    Jumlah Mata = 100 , Jumlah Minggu = 10

    (20) Sayang Aku Tanya Apa Khabar (Dayang Nurfaizah & Zynakal)/ Komposer: Zynakal, Suneo & Chaan, Lirik: Zynakal

    Jumlah Mata = 101 , Jumlah Minggu = 12

    (19) Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos)/ Komposer: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Alwis,  Lirik: Alif Satar, Shah Shamsiri & Romeo

    Jumlah Mata = 116 , Jumlah Minggu = 12

    (18) Damba (Khai Bahar)/ Komposer & Lirik: Iqie Hugh & Omar K

    Jumlah Mata = 116 , Jumlah Minggu = 6

    (17) Pedas (Wany Hasrita ft. Sophia Liana)/ Komposer: Shazee, Lirik: Altimet & Sophia Liana

    Jumlah Mata = 121 , Jumlah Minggu = 13

    (16) 24434 (Floor 88)/ Komposer & Lirik: Achoi Floor 88 @ Zai Hamzah

    Jumlah Mata = 122 , Jumlah Minggu = 11

    (15) Kuala Lumpuh (Dunya)/ Komposer: Hang Nadim, Bunga Cantik & Amin, Lirik: Bunga Cantik

    Jumlah Mata = 124 , Jumlah Minggu = 13

    (14) Payung Pelangi (Noki ft. MK)/ Komposer & Lirik : Noki & MK

    Jumlah Mata = 152 , Jumlah Minggu = 10

    (13) Hitam Saksi Putih (Haqiem Rusli)/ Komposer & Lirik: Haqiem Rusli

    Jumlah Mata = 160 , Jumlah Minggu = 11

    (12) Biru Malam (Chubb-E & Amir Masdi)/ Komposer & Lirik: Chubb-E

    Jumlah Mata = 161 , Jumlah Minggu = 12

    (11) Keliru (Ara Johari & Lil J)/ Komposer: Malique & Siqma, Lirik: Malique, Siqma & Muhaimin

    Jumlah Mata = 177 , Jumlah Minggu = 20

    (10) Mainan (Naim Daniel)/ Komposer: Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewangga, Lirik: Arisz Ab Rahman

    Jumlah Mata = 184 , Jumlah Minggu = 18

    (9) Debu (Dayang Nurfaizah & Amir Masdi)/ Komposer & Lirik: Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim

    Jumlah Mata = 211 , Jumlah Minggu = 11

    (8) Amaran (Siti Nordiana & Bunga)/ Komposer: Mas Dewangga & Firdaus Rahmat, Lirik: Mas Dewangga, Firdaus Rahmat & Bunga

    Jumlah Mata = 250 , Jumlah Minggu = 18

    (7) Berakhirlah Pencarianku (Hafiz Suip & Ernie Zakri)/ Komposer: Ikhwan Fatanna & Wan Salleh, Lirik: Dato’ A. Aida

    Jumlah Mata = 269 , Jumlah Minggu = 19

    (6) Cukup Derita Itu (Siti Nordiana)/ Komposer: Tam Spider, Lirik: Siti Rosmizah

    Jumlah Mata = 286 , Jumlah Minggu = 19

    (5) Nang (Iman Troye)/ Komposer: Ezra Kong, Lirik: A.Ramlee

    Jumlah Mata = 287 , Jumlah Minggu = 22

    (4) Tak Sangka (Yonnyboii, Zynakal & ASYRAF NASIR)/ Komposer & Lirik: Yonnyboii, Zynakal & ASYRAF NASIR

    Jumlah Mata = 338 , Jumlah Minggu = 25

    (3) Esok (Amir Masdi)/ Komposer & Lirik: Amir Masdi, Shazee & Audi Mok

    Jumlah Mata = 349 , Jumlah Minggu = 20

    (2) Berani (Dolla)/ Komposer: John Jeeves & Firdaus Rahmat

    Jumlah Mata = 424 , Jumlah Minggu = 27

    (1)  Sengsara (Khai Bahar)/ Komposer & Lirik: John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K

    Jumlah Mata = 435 , Jumlah Minggu = 25

    Dan berikut lagu-lagu yang berada di kedudukan 31-40 dan boleh menggugat lagu-lagu yang rapuh kedudukannya.

    31. Tatapan Terakhir - Estranged

    32. Seru - Xposed Band

    33. Kucu Kuca - Lia Aziz

    34. Serpihan - Daniesh Suffian

    35. Kelentang Kelentong - Hael Husaini

    36. Semakin Benci Semakin Cinta - Suib & Sarah

    37. Tanpa Simpati - Aiman Tino

    38. Cinta Tak Bertepi - Suffian Suhaimi

    39. Remuk - Masya Masyitah

    40. Hello - Farisha Iris

    Kredit : Sumber - IG @kiu_kiu_resmi (the auditor)