About
Kumpulan Adikku Sayang merupakan sebuah kumpulan nasyid yang bertapak di Malaysia. Ia dianggotai oleh ahli-ahli muda yang berusia antara 12-14 tahun (2008).
Adikku Sayang memiliki keunikan tersendiri yang jarang dimiliki oleh kumpulan nasyid lain.Selain vokalis utama, Faris Muhsin Sohaimi, 13, empat ahli lain iaitu Mohd. Ilham Abdul Halim, 14, Nur Muhammad Aiman Abu Sama dan Abdul Luqman Abd. Razak, masing-masing 13 tahun serta Mohd. Fauzi Affandi, 12, bukan sahaja mampu mengalunkan irama nasyid tetapi berkebolehan dalam menyanyi sambil bermain peralatan perkusi.
Adikku Sayang turut berduet dengan Nazrey Johani menerusi lagu 1,2,3 Sayang dan Syah Inteam (Senandung Anak Pejuang).