
Artist
Lead Performer, Lyricist, Backing Vocals
Active1993–2023
- Songs
- 84
- Credits
- 88
About
Datuk Wan Norafizah Wan Ariffin (lahir 26 Julai 1973) atau lebih dikenali dengan mononim, Nora ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, Nora mula bergiat aktif dalam dunia seni suara apabila beliau dinobatkan sebagai juara Bintang HMI pada tahun 1991. Beliau pada mulanya menggunakan mononim Nora pada tahun-tahun terawal kerjayanya, namun sejak kebelakangan ini, beliau telah membuat persembahan di bawah nama Nora J. atau Nora Ariffin. Beliau mengikat kontrak rakaman bersama Warner Music Malaysia dan muncul bersama album pertama yang berjudul Sandiwara yang memuatkan lagu hits "Di Persimpangan Dilema" ciptaan Adnan Abu Hassan. Susulan itu, Nora terus mengecapi kejayaan komersial dan kritis menerusi album-albumnya yang dikeluarkan bermula pada pertengahan 1990-an.