
Artist
Composer, Lyricist, Producer, Lead Performer
Also known asDarwis
Active1979–2025
- Songs
- 555
- Credits
- 981
About
Dato' Mohamad Nasir Mohamed atau lebih dikenali sebagai Dato' M. Nasir (lahir 4 Julai 1957) ialah seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, penerbit album, pengarah dan pelukis Singapura yang menetap di Malaysia. Dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia, beliau memulakan kerjaya bersama kumpulan Kembara sebagai vokalis dan gitaris untuk tempoh singkat sebelum memulakan kerjaya muzik secara solo.
Antara lagu-lagu terkenal beliau ialah "Mustika", "Apokalips", "Mentera Semerah Padi", "Raikan Cinta" dan "Phoenix Bangkit Dari Abu". M. Nasir juga ialah pengasas dan pemilik syarikat rakaman Luncai Emas yang turut berkhidmat sebagai pasukan pengurusannya. Sepanjang kerjayanya, beliau menjadi salah seorang antara penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.